PERLEMBAGAAN PANCARAGAM SMJK (P) CHINA PULAU PINANG

Perkara 1: Nama

  1. Pasukan beruniform ini dinamakan sebagai PANCARAGAM SEKOLAH dalam Bahasa Melayu dan “SCHOOL BAND” dalam Bahasa Inggeris.

Perkara 2: Alamat

  1. Pancaragam ini ditubuhkan di SMJK (P) CHINA PULAU PINANG, #2 JALAN GOTTLIEB, 10350 PULAU PINANG.

Perkara 3: Matlamat

  1. Berkhidmat untuk Sekolah.
  2. Menyertai pertandingan/perarakan/aktiviti anjuran JPN, Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Negeri.
  3. Memupuk penghayatan pelbagai muzik, meningkatkan pengetahuan muzik serta kemahiran bermain alat muzik kepada ahli pancaragam serta warga sekolah.
  4. Memupuk dan mengembangkan potensi individu yang bersifat nilai murni.

Perkara 4: Tujuan Perlembagaan

  1. Menjadi panduan kepada ahli-ahli serta AJK Pancaragam Sekolah dalam pengurusan hal-hal ehwal ahli dan pentadbiran aktiviti.
  2. Membimbing ahli menjadi insan yang berdisplin dan hemah tinggi.

Perkara 5: Penasihat dan Guru/Jurulatih

  1. Penasihat Pancaragam Sekolah ialah Pengetua Sekolah, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Penolong Penyelia Kokurikulum dan 4/6 orang guru.

Perkara 6: Keahlian

  1. Keahlian baru pancaragam hanya terbuka kepada pelajar dari Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Syarat tertentu atau kebenaran khas dikenakan kepada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 untuk menyertai.
  2. Setiap ahli pancaragam wajib dan tetap jadi ahli sehingga Tingkatan 5.
  3. Tindakan permarkah demerit -8 markah dan TIDAK LAYAK pengesahan penglibatan dalam Aktiviti Kokurikulum Sijil Tamat Sekolah akan dikuatkuasakan jika 6.2 tidak dipatuhi Maka penglibatan tahun-tahun terlepas tidak diambil kira.
  4. Keahlian setiap ahli tetap berkesan sehingga dia didapati menjangkiti sebarang penyakit serius atau sebab-sebab yang luar biasa dan mesti disokong surat pakar perubatan (specialist) dan kebenaran tertulis Pengetua Sekolah.
  5. Kepecatan sebagai ahli/AJK dibenarkan dengan persetujuan AJK Majlis Eksekutif dan Penasihat/Guru Penasihat. Tindakan ke 6.3 dikuatkuasakan dengan syarat ketidaklayakan.
  6. Ahli Tingkatan 6 perlu aktif mengikut syarat yang ditetapkan pentadbir untuk kelayakan Sijil Penglibatan Kokurikulum Peringkat Sekolah.
  7. Ahli Tingkatan 5 adalah wajib menjadi ahli aktif dan menyertai perarakan Hari Kebangsaan sebagai sumbangan terakhir ahli pancaragam.
  8. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah berdasarkan sumbangan tertinggi demi kejayaan pancaragam. Pencalonan adalah hak guru penasihat dan AJK Majlis Ekskutif berasaskan kelulusan Penasihat.
  9. Pelantikan sebagai AJK bukan pelantikan tetap. Kepecatan pelantikan boleh dikuatkuasa atas sebab yang mencemarkan imej dan disiplin Pancaragam.
  10. Setiap ahli adalah wajib bertanggungjawab mempertahankan nama baik pancaragam dan bersetia kepada matlamat pancaragam dan insan yang berhemah tinggi.

Perkara 7: Yuran/Wang

  1. Setiap ahli pancaragam dikehendaki membayar yuran RM10.00 setahun, iaitu RM5.00 sesemester sebagai yuran ahli.
  2. Pembayaran sewajar akan dikenakan atas kerosakan/kehilangan peralatan muzik sep instrumen, pakaian seragam, boot dll atau sebarang pinjaman gunaan setiap ahli.

Perkara 8: Tindakan Disiplin

  1. Dilaksanakan oleh AJK Majlis Ekskutif/Penasihat, Guru Penasihat dan Ketua.
  2. Perlu dicatatkan dalam buku Disiplin Khas untuk tindakan selanjut.
  3. Sebarang salahlaku tindakan oleh Ahli/AJK adalah tanggungan pelaku.
  4. Tindakan disiplin boleh berdasarkan sistem demerit khas (Pancaragam) iaitu 3 markah mengikut Sistem Disiplin Sekolah oleh PK HEM/Unit Disiplin Sekolah.
  5. Sebarang denda/pembayaran ganti rugi atas ahli adalah hak pentadbir dengan persetujuan Penasihat, Guru Penasihat dan AJK Majlis Eksekutif.

Perkara 9: Pelantikan Jawatankuasa Pancaragam

  1. Pelantikan AJK dilantik oleh Penasihat, Guru Muzik/Jurulatih, Guru Penasihat dan Majlis Senior.
  2. Pelantikan ini dijalankan semasa Mesyuarat Agung Tahunan untuk membentukkan AJK yang baru.
  3. Guru penasihat akan melantik calon-calon yang dicadangkan oleh Majlis Senior dengan kelulusan Penasihat untuk memegang jawatan berikut: PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN9.1 Pengerusi serta Drum Major/Konductor9.2 Naib Pengerusi serta Penolong Drum Major/Penolong Konductor9.3 Penolong Naib Pengerusi serta Penolong Drum Major/ Penolong Konductor

    9.4 Setiausaha

    9.5 Penolong Setiausaha

    9.6 Bendahari

    9.7 Penolong Bendahari

    9.8 Ketua Hal Ehwal

    9.9 Penolong Ketua Hal Ehwal (2 Pembantu Junior Hal Ehwal)

    PENGURUSAN TEKNIKAL

    9.10 Ketua Perkusi

    9.11 Penolong Ketua Perkusi

    9.12 Ketua Brass

    9.13 Penolong Ketua Brass

    9.14 Ketua Kumpulan Trumpet

    9.15 Penolong Ketua Kumpulan Trumpet

    9.16 Ketua Kumpulan Horn

    9.17 Penolong Ketua Kumpulan Horn

    9.18 Ketua Kumpulan Trombone

    9.19 Penolong Ketua Kumpulan Trombone

    9.20 Ketua Kumpulan Tuba/Euphonium

    9.21 Penolong Ketua Kumpulan Tuba/Euphonium

    9.22 Ketua Woodwind

    9.23 Penolong Ketua Woodwind

    9.24 Ketua Kumpulan Flute

    9.25 Penolong Ketua Kumpulan Flute

    9.26 Ketua Kumpulan Clarinet

    9.27 Penolong Ketua Kumpulan Clarinet

    9.28 Ketua Kumpulan Saxophone

    9.29 Penolong Ketua Kumpulan Saxophone

    9.30 Ketua Perpustakawaan (Score)

    9.31 Penolong Ketua Perpustakawaan

    9.32 Ketua Penyelia Papan Kenyataan (Physical Arrangement)

    9.33 Penolong Ketua Penyelia Papan Kenyataan

    9.34 Ketua Pengurus Instrumen Muzik

    9.35 Penolong Ketua Pengurus Instrumen Muzik

    Perkara 10: Corak Pentadbiran

    1. Jawatankuasa Pancaragam Sekolah

    PENASIHAT

     PENGETUA

    PK1 & PKHEM

    GURU PENASIHAT (K)

    +

    4/5 GURU PENASIHAT

     

    GURU MUZIK/JURULATIH MAJLIS EKSEKUTIF

    Pengerusi/Naib Pengerusi/Drum Major/Konductor/Setiausaha/Penolong Setiausaha/Penolong Bendahari/Ketua Hal Ehwal/Penolong Ketua Hal Ehwal

    BAHAGIAN HAL EHWAL

    Ketua Perkusi

    Penolong Ketua Perkusi

    Ketua Brass

    Penolong Ketua Brass

    Ketua Woodwind

    Penolong Ketua Woodwind

    Ketua Kumpulan Trumpet

    Penolong Ketua Kumpulan Trumpet

    Ketua Kumpulan Horn

    Penolong Ketua Kumpulan Horn

    Ketua Kumpulan Trombone

    Penolong Ketua Kumpulan Trombone

    Ketua Kumpulan Tuba/Euphonium

    Penolong Ketua Kumpulan Tuba/Euphonium

    Ketua Woodwind

    Penolong Ketua Woodwind

    Ketua Kumpulan Flute

    Penolong Ketua Kumpulan Flute

    Ketua Kumpulan Clarinet

    Penolong Ketua Kumpulan Clarinet

    Ketua Kumpulan Saxophone

    Penolong Ketua Kumpulan Saxophone

    Ketua Perpustakwaan (Score)

    Penolong Ketua Perpustakawaan

    Ketua Penyelia Papan Kenyataan (Physical Arrangement)

    Penolong Ketua Penyelia Papan Kenyataan

    Ketua Pengurus Instrumen Muzik

    Penolong Ketua Pengurus Instrumen Muzik

    Wakil Tingkatan 1-6

    1. Tempoh perkhidmatan J/K adalah sehingga AJK baru terbentuk, July hingga Ogos.
    2. Bagi ahli-ahli yang melanggar peraturan atau Perlembagaan tindakan disiplin keatasnya adalah secara berikut dengan kelulusan Majlis Eksekutif, Ketua-ketua dan Guru Penasihat.
    3.   i. Denda       ii. Amaran –1st-Lisan

    2nd -Bertulis

    3rd -dan berterusan – markah demerit

    (Isi borang khas- setiap demerit akan dimaklumkan Unit Disiplin untuk tindakan Pihak Sekolah)

    iii. Kaunseling

    iv. Gantungkan penyertaan Aktiviti Tertentu

    v. Hadiri sesi Latihan Individu Lanjutan (H. Sabtu)

    vi. Pelucutan keahlian dengan persetujuan Penasihat dengan tindakan khas

  4. Fungsi-fungsi Majlis Eksekutif
    • Mengawasi pengurusan dan membimbing ahli-ahli, dalam aspek mutu muzik dan pelakuan
    •  Membuat pemerhatian atas penyertaan, penglibatan dan kelayakan ahli khasnya tingkatan 5/6 menerima kelayakan kad kokurikulum, sijil perkhidmatan dan sijil tamat sekolah
  5. Menguruskan jadual pelaksanaan aktiviti tahunan pancaragam latihan berterusan dll.
    • Kepastian pencapaian akademik diberi perhatian yang sewajar demi pembentukan ahli/pelajar yang serba boleh.
    • Perkara 11: Peranan Ahli Jawatankuasa Pancaragam
    • 1. Pengerusi/Drum Major/Konductor
      • Mengetuai Majlis Eksekutif dengan kerjasama Guru Penasihat/AJK lain
      • Mengadakan dan pengerusikan semua mesyuarat
      • Mengawasi dan membimbing semua ahli
      • Menjadi penasihat,pengurus dan penyelia kepada semua aktivit jawatankuasa
      • Bertanggungjawab untuk pertandingan

      2.  Naib Pengerusi/Penolong Naib Pengerusi

      • Merancang dan melaksanakan semua aktiviti sepanjang tahun termasuk latihan ahli baru tingkatan 1
      • Mengerusi semua mesyuarat yang diadakan semasa pengerusi tidak dapat hadir
      • Mengerusi hal ehwal ahli-ahli jawatankuasa
      • Mesti bekerjasama dengan Setiausaha/ Penolong Setiausaha dalam semua urusan

      3. Setiausaha

      • Menguruskan segala urusan bertulis, seperti notis latihan, maklumat terkini, senarai nama peserta aktiviti, surat kebenaran, dokumentasi dan segala laporan
      • Membimbing dan kerjasama dengan Penolong Setiausaha
      • Pemeriksaan buku catatan (log book) mesyuarat Penolong Setiausaha

      4. Penolong Setiausaha

      • Menyimpan butir-butir dan senarai nama ahli-ahli
      • Mencatatkan perkara-perkara dalam mesyuarat
      • Menyediakan peraturan-peraturan pancaragam sekolah
      • Menyediakan semua senarai nama atau dokumen yang diperlukan dalam J/K Pancaragam Sekolah
      • Menyimpan semua surat dan senarai nama ahli-ahli J/K
      • Mesti bekerjasama dengan Naib Pengerusi dalam semua urusan
      • Sentiasa memperbaharui maklumat dalam “log book”

      5.  Bendahari

      • Memberi nasihat dan panduan serta sedia membantu Penolong Bendaharinya
      • Memberi arahan dan membantu Penolong Bendahari mengutip yuran apabila perlu
      • Memastikan akaun pembelanjawan adalah kemaskin dan seimbang setiap masa
      • Menguruskan segala pembelian/penjualan dan membuat akaun seperti projek T-shirt, perbelanjaan aktiviti pancaragam kursus dll.

      6. Penolong Bendahari

      • Mengutip yuran daripada ahli-ahli setiap tahun
      • Menerima hasil dendaan daripada ahli-ahli pancaragam
      • Membuat pancian perbelanjaan tahunan berdasarkan arahan dan keputusan Majlis J/K
      • Menyampaikan kedudukan kewangan sewaktu AGM dan mesyuarat-mesyuarat lain
      • Menyediakan laporan catatan akaun untuk diperiksan dan ditandatangan oleh Guru Penasihat/Penyelia Kokurikulum pada akhir tahun

      7. Ketua Hal Ehwal

      • Memeriksa stok pakaian/kasut/topi-edraran/pemulangan/pembaikian etc.
      • Menjaga kelengkapan ubat
      • Menjaga kebersihan bilik muzik dan tempat latihan (auditorium/stadium/padang/bilik darjah dan peralatan fizikal; lampu,kipas dll)
      • Memeriksa kelengkapan pakaian semasa penglibatan persembahan pancaragam serta menyediakan peti kecemasan dan keperluan kecemasan sep beg plastic etc.
      • Menjaga keperluan makan/minum

      8. Penolong Ketua Hal Ehwal

      • Menasihat/Bekerjasama dengan Ketua Hal Ehwal
      • Memeriksa dan menjaga stok pakaian/kasut/topi-edaran/kutipan etc
      • Menjaga kelengkapan ubat
      • Memeriksa kelengkapan pakaian semasa penglibatan persembahan pancaragam serta menyediakan peti kecemasan dan keperluan kecemasan sep beg plastic etc.
      • Menjaga keperluan makan/minum

       9. Ketua Penyelia Papan Kenyataan Dan
      10. Penolong Penyelia Papan Kenyan

    • Bersama bertanggungjawab untuk menghiaskan papan kenyataan pada masa tertentu
    • Bertanggungjawab membantu Ketua Hal Ehwal/Setiausaha10. Ketua Perpustakawan Dan11. Penolong Ketua Perpustakawan
    • Menguruskan dan kategorikan koleksi skor
    •  Mengemaskan dan membaiki skor rosak
    •  Kemaskinikan skor dari semasa kesemasa
    •  Menyediakan, fotostat untuk setiap kumpulan
    •  Edarkan dan kutip balik skor dengan bantuan Ketua Kumpulan
    •        Mencatatkan peminjaman skor serta kos12. Ketua Pengurus Instrumen Muzik Dan13. Penolong Pengurus Instrumen Muzik
    • Menjaga keadaan alat-alat muzik berpanduan kerjasama Ketua Kumpulan
    • Menyemak dan kemaskinikan inventori semua alat-alat muzik pancaragam
    • Kawalan edaran alat dengan ahli, dan penggunaan yang betul
    • Menggendalikan keperlua/pesan akseseri alat muzik sep reed, polish dll.
    • Menjaga stok dan ketidakbaziran penggunaan akseseri oleh ahli
    • Mengawal kerosakan dan pengendalian senaraikan alat-alat yang perlu diperbaiki
    • Menjagakan akseseri sepert sepanduk, muzik stand dll.14. Ketua Bahagian
      • Bertanggungjawab kawal mutu persembahan muzik dan displin ketua kumpulan dan ahli bahagiannya
      • Bekerjasama dengan AJK Majlis Eksekutif
      • Menjaga alat-alat muzik supaya dalam keadaan yang baik
      • Mengawasi disiplin ahli bahagian setiap masa

      15. Ketua Kumpulan Dan

      16. Penolong Ketua Kumpulan

      •   Membantu Ketua Bahagian dan bekerjasama dengan Majlis Eksekutif  Menjaga keadaan alat-alat muzik dengan baik
      • Mengajar ahli-ahli kumpulan kemahiran membaca muzik, kemahiran bermain alat dengan sempurna
      • Membantu Setiausaha dengan mengawasi kehadiran ahli dan kutipan surat kebenaran
      • Membantu Ketua Hal Ehwal dengan hal kebersihan, makan minum dll
      • Melaporkan keperluan alat kepada Ketua Pengurus Instrumen

      Perkara 12: Mesyuarat Dan Perhimpunan

      1. Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) diadakan pada semester pertama berdasarkan keputusan Majlis J/K Pancaragam untuk
      2. Mengesahkan perlantikan majlis yang baru
      3. Mengumumkan guru bertugas yang baru sekiranya ada sebarang pertukaran, menjejaskan peraturan-peraturan pancaragam sekolah yang telah dikuatkuasakan oleh penasihat dan guru penasihat
      4. Mesyuarat post-mortem akan diadakan selepas pertandingan/perarakan/persembahan untuk menilai serta meningkatkan prestasi ahli-ahli
      5. Mesyuarat Majlis J/K Pancaragam mesti diadakan sebelum mesyuarat AGM diadakan
      6. Latihan diadakan pada hari Khamis, Jumaat pada jam 11.00pg-1.00ptg untuk sesi petang dan jam 1.30ptg-3.30ptg untuk sesi pagi, pada hari Sabtu jam 8.00pagi-12.00tgh bagi semua ahli-ahli pancaragam.

      Perkara 13: Syarat-syarat yang perlu ada pada setiap ahli/Ahli J/K Pancaragam Sekolah

      1. Ahli/Ahli J/K mesti mematuhi peraturan-peraturan pancaragam.
      2. Perkaea-perkara yang dikemukakan dalam mesyuarat Majlis J/K adalah sulit dan tidak boleh diumukan.
      3. Semasa bermesyuarat semua Ahli J/K mesti mencatat perkara-perkara yang dikemukakan tindakan.
      4. Ahli J/K tidak boleh tidak hadir dalam sebarang aktiviti atau latihan tanpa alasan yang munasabah.
      5. Ahli J/K akan didenda dua kali ganda jika didapati melanggar peraturan.
      6. Mesti sentiasa mengambil berat tentang ahli-ahli pancaragam.
      7. Semua mesyuarat dijalankan, Ahli J/K digalakkan melibatkan diri dengan memberikan cadangan yang berkesan.
      8. Dilarang bercakap dan membuat kerja sekolah semasa bermesyuarat.
      9. Setiap Ahli J/K perlu sudi membantu satu sama lain bila-bila masa Ahli J/K lain perlu bantuan, tanpa mengirakan kepentingan diri.

      Perkara 14: Anjuran J/K Pancaragam Sekolah

      1. Setiap tahun J/K Pancaragam akan menganjurkan:
      2. Majlis Ulang Tahun atau
      3. Majlis Perpisahan
      4. Semua ahli adalah wajib menyertai dan memberi sumbangan demi memupuk semangat sekeluarga, kesetiaan, bersatupadu serta semangat cinta kepada ahli-ahli, pancaragam dan sekolah.

      Perkara 15: Identiti

      1. Sebagai identiti:
      • Semua ahli pancaragam mesti memakai tag nama semasa latihan.
      • Berpakaian: baju T pancaragam, baju lenggan panjang, bertopi dan sarung tangan sewaktu latihan di padang, DAN pakaian seragam sekolah sewaktu latihan dalaman
      • Bersifat disiplin dan prihatin setiap masa demi menanjung imej baik pancaragam

      Perkara 16: Cogan Kata

      • Cogan Kata: Bahasa Cina:

      牺牲小我,顾全大体,

      遵守纪律,服从命令,

      珍惜时光,勤于练习,

      利己利人,并肩迈进,

      我在乐队,我很重要。

      • Cogan Kata: Bahasa Melayu:

      Pengorbanan Menjadi Keutamaan,

      Ketegasan Disiplin Bukan Sampingan,

      Ketepatan Masa Diperlukan,

      Dalam Menjejak Kejayaan.

      Perkara 17: Pindaan

      1.  Perlembagaan ini hanya boleh dipinda dalam AGM atau EGM dengan
      • Kehendak Penasihat- Pengetua
      • Kehendak Guru Penasihat/Guru-guru Pancaragam
      • Kehendak 2/3 daripada ahli